Minggu, 18 Januari 2009

Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan

LATAR BELAKANG KG. TAMBALUGU,TUARAN,SABAH

Kampung Tambalugu adalah salah sebuah kampung di bawah pentadbiran pejabat Daerah Tuaran terletak dalam kawasan pilihanraya DUN N.11 Kiulu juga dalam kawasan Parlimen P.170 Tuaran. Keluasan Kampung Tambalugu adalah lebih kurang 3 km batu persegi. Terletak kira-kira 42 km dari Bandaraya Kota Kinabalu dan kira-kira 5 km dari Pekan Tuaran sementara ke Pekan Tamparuli sejauh 6 km.

Kampung ini berhampiran dengan jalanraya utama yang sering dilalui oleh penduduk dari Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Ranau dan Tamparuli menuju ke Bandaraya Kota Kinabalu.

Bentuk muka bumi Kampung Tambalugu tanah rata dengan sedikit bukit-bukau. Penduduk Kampung Tambalugu di anggarkan menjangkau lebih 2000 orang, majoritinya berbangsa Dusun Lotud dan selebihnya bangsa Cina, Bajau, Iban, Rungus dan sebagainya.

Seperti mana lazimnya kampung-kampung lain di Sabah, para penduduk di sini mengamalkan sikap toleransi antara satu kaum dengan kaum yang lain dalam apa juga perkara.

Pelbagai kemudahan terdapat di kampung ini antaranya Tabika Perpaduan yang diselia oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Sabah, Surau, Stesen Minyak Petronas, Balairaya, 10 buah deret bangunan kedai milik SEDCO, padang FUTSAL dan bermacam-macam lagi kemudahan yang dibangunkan samada oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

Loji Empangan Bekalan Air bernilai 300 juta ringgit yang membekalkan sumber air utama kepada seluruh penduduk pantai barat Sabah turut dibina di kampung ini. Walaupun pembinaan empangan ini mengusarkan para penduduk di kampung ini yang sentiasa dibayangi ketakutan, namun atas nama pembangunan penduduk di kampung Tambalugu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan.

Gadis atau Sumandak dalam bahasa tempatan dari suku Dusun Lotud
Kampung Tambalugu, Tuaran
masih bangga dengan pakaian tradisi mereka

Nama Kampung Tambalugu telah wujud sejak nenek moyang kami lagi. Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini yang masih lagi hidup, nama Kampung Tambalugu berasal dari sebatang Pokok Tembasu (Tompinahaton) yang banyak tumbuh di kawasan kampung ini pada ketika itu. Pada masa itu, ramai penduduk yang menggunakan kayu tersebut untuk dijadikan tiang rumah. Apabila kayu ini dibelah terdapat banyak lubang pada bahagian Lugu (bahagian paling keras pada pokok ini).

Akhirnya lubang-lubang Lugu pada pokok ini ditampal (Tombol – dalam Bahasa Dusun Lotud) agar kelihatan lebih cantik dan sempurna digunakan sebagai tiang rumah. Sejak itu, kampung ini dinamakan Kg. Tambalugu sehinggalah sekarang. Tetapi kayu jenis Tompinahaton didapati sudah agak kurang tumbuh di Kampung Tambalugu buat masa ini.

SEJARAH PENUBUHAN KRT TAMBALUGU,TUARAN,SABAH

RASMI......Abdul Kassim (memotong riben) sebagai tanda rasminya Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tambalugu, beliau mewakili Datuk Wilfred Madius Tanggau.

Kampung Tambalugu telah diwartakan sebagai salah satu Kawasan Rukun Tetangga di daerah ini pada 1hb.April.2008 pada ketika itu di bawah pengawasan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Encik Sindin Ranggangon. Kemudian pada tahun berikutnya satu majlis perasmian telah diadakan dan penyempurnaan perasmiannya telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tuaran, YB. Datuk Wilfred Madius Tanggau ( Kini tahun 2008 Ahli Parlimen Tuaran YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing).

KENALI PEMIMPIN KAMPUNG TAMBALUGU,TUARAN,SABAH

KK. Puan Khadizah Sakumil @ Catherin Sakumil
Ketua Kampung
Kampung Tambalugu, Tuaran, Sabah


Encik Setia SugaraPengerusi
Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung
( JKKK )
Kampung Tambalugu, Tuaran, Sabah

Encik Johnny Amit
Pengerusi,
Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tambalugu, Tuaran, Sabah
Setiausaha
JKKK Kampung Tambalugu, Tuaran, Sabah

GALERI AKTIVITI BERGAMBAR

MAJLIS SAMBUTAN PESTA MENUAI / KA'AMATAN PERINGKAT
KAMPUNG TAMBALUGU 2008
ANJURAN RT KAMPUNG TAMBALUGU, TUARAN, SABAH
BUDAYA GOTONG ROYONG DI KAMPUNG TAMBALUGU MASIH LAGI DIAMALKAN, BUDAYA INI BERUPAYA MENGERATKAN IKATAN PERPADUAN DI KALANGAN PENDUDUK KAMPUNG.
JIRAN WANITA RT KAMPUNG TAMBALUGU RAJIN MENGIKUTI
PELBAGAI KURSUS
YANG BOLEH MEMPERKASAKAN EKONOMI KELUARGA
JIRAN MUDA RT KAMPUNG TAMBALUGU JUGA AKTIF DALAM BERSUKAN
JIRAN MUDA RT KAMPUNG TAMBALUGU AKTIF DALAM PROGRAM KEBUDAYAAN, SERINGKALI DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN TARIAN TERUTAMANYA TARIAN TRADISIONAL DUSUN LOTUD ' MONGIGOL '
AKTIVIT AGAMA TURUT MENJADI PERHATIAN RT TAMBALUGU