Rabu, 05 Agustus 2009

KRT TAMBALUGU DENGAN KERJASAMA JABATAN PENERANGAN DAERAH TUARAN ANJUR DAILOG SIVIK

Program Dailog Sivik anjuran bersama Jabatan Penerangan Daerah Tuaran dengan Kawasan Rukun Tetangga Kg. Tambalugu yang diadakan pada 6.Julai.2009 bertempat di Dewan Serbaguna kampung itu telah mendapat sambutan bukan sahaja daripada penduduk di kampung tersebut malah turut dihadiri oleh para pemimpin dari kampung lain yang berhampiran.

Program yang dihadiri oleh jabatan-jabatan kerajaan persekutuan dan negeri dari seluruh daerah Tuaran itu telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat Kiulu, Datuk Lovis Rampas.

Antara matlamat utama program itu diadakan adalah bertujuan memberi penerangan yang jelas kepada para penduduk mengenai usaha-usaha yang sedang dirancang dan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terutamanya isu pembangunan di kampung itu.
















KRT TAMBALUGU ADAKAN GOTONG ROYONG SETIAP MINGGU

Program gotong royong yang dianjurkan oleh Kawasan Rukun Tetangga Kg. Tambalugu pada 5. Julai.2009 yang lalu telah mendapat sambutan menggalakkan dari penduduk di kampung berkenaan.

Gotong royong itu dimulakan dari jalan masuk utama kampung ini hinggalah ke jalan masuk surau Kg. Tambalugu.

Program gotong royong yang diadakan baru-baru ini adalah program mingguan selain bertujuan membersihkan persekitaran kampung ia juga bertujuan merapatkan hunbungan silatulrahim di kalangan para penduduk.















KRT ANJUR PERTANDINGAN BOLASEPAK ANTARA ZON KG. TAMBALUGU

Kawasan Rukun Tetangga Kg. Tambalugu telah mengadakan pertandingan bolasepak pada bulan Mei 2009 diantara Zon di kampung itu.

Pertandingan tersebbut disertai oleh 10 pasukan dan diadakan di padang Hospital Berungis Tuaran.

Antara lain matlamat pertandingan itu mencungkil bakat-bakat muda di kalangan belia di kampung itu untuk mewakili Pasukan Induk KRT Tambalugu.




KAAMATAN KG TAMBALUGU 2009 MERIAH

Majlis sambutan pesta kaamatan yang diadakan di Zon Bokom 2 Kg. Tambalugu anjuran Kawasan Rukun Tetangga di kampung ini pada 6 June 2009 mendapat sambutan meriah bukan sahaja dihadiri oleh penduduk di kampung ini malah turut dihadiri oleh penduduk kampung lain yang berhampiran.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat Kiulu, Datuk Lovi Rampas, hadir sama pada majlis itu antaranya Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Dusin Gingging, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kiulu, Sami Bangud serta para pemimpin setempat.

Pelbagai acara yang menarik telah diadakan pada majlis itu antaranya pertandingan bina badan kanak-kanak, pertandingan ratu kaamatan kanak-kanak, pertandingan gusti tangan dan sebagainya.
















































































































JIRAN WANITA KRTT ADAKAN KELAS SENAMROBIK SETIAP RABU

Awal tahun 2009 Jiran Wanita Kawasan Rukun Tetangga di kampung ini telah mengadakan kelas senamrobik pada setiap hari Rabu bermula jam 5.oo petang hingga jam 7.00 malam . Kelas senamrobik itu diadakan di Dewan Serbaguna kampung ini.

Usaha yang dibuat oleh Jiran Wanita ini berjaya menyatu padukan golongan wanita di kampung ini, apa yang lebih menarik golongan wanita di kampung yang berhampiran turut berminat menyertai program ini, selain dapat menyihatkan tubuh badan ianya juga mengeratkan ikatan silatulrahim yang sedia ada.














SUKANEKA ZON BOKOM 2

Pada bulan Mei 2009 yang lalu Kawasan Rukun Tetangga di kampung ini sekali lagi telah menganjur acara sukaneka dan kali ini ianya diadakan di Zon Bokom 2 Kg. Tambalugu.

Walaupun ianya diadakan secara sederhana namun program ini berjaya menarik minat pelbagai lapisan masyarakat di kampung ini.























Selasa, 04 Agustus 2009

HARI KELUARGA & SAMBUTAN TAHUN BARU 2009 DAPAT SAMBUTAN

Sambutan Hari Keluarga Dan Tahun Baru 2009 yang telah dianjurkan oleh RTT pada 15hb.Februari.2009 mendapat sambutan yang meriah daripada penduduk di kampung tersebut.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Wakil Rakyat Kawasan Kiulu Yb. Datuk Lovis Rampas.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran En. Dusin Gingging selaku mewakili Pengarah Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Negeri Sabah, Pemimpin Kemajuan Rakyat Kawasan Kiulu, Samy Bangud, Pengerusi JKKK Kg. Tambalugu, En. Setia Sugara, Ketua Kampung Kg. Tambalugu, KK.Pn. Khadizah Sakumil selain Pengerusi RTT, En. Johnny Amit.

Pelbagai acara telah diadakan pada majlis itu antaranya acara pemotongan kek sembolik sambutan hari keluarga, persembahan nyanyian dan sebagainya.

















































































































































































































SUKANEKA ANJURAN RTT BULAN FEBUARI 2009 MERIAH

Pada awal bulan Februari tahun ini, Rukun Tetangga Tambalugu (RTT) telah menganjurkan acara Sukaneka yang diadakan selama sehari di Dewan Serbaguna di kampung ini.Walaupun acara ini diadakan secara sederhana namun ia tetap mendapat sambutan serta meriah.

Sebanyak dua kategori telah dibahagikan pada acara Sukaneka itu, kategori Dewasa (Ibubapa) dan kategori kanak-kanak. Sumbangan hadiah diperolehi menerusi penduduk setempat dan juga melalui sumber RTT yang sedia ada.

Saya selaku Pengerusi RTT mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut.




































Minggu, 18 Januari 2009

Perpaduan Teras Kejayaan

Perpaduan Teras Kejayaan

LATAR BELAKANG KG. TAMBALUGU,TUARAN,SABAH

Kampung Tambalugu adalah salah sebuah kampung di bawah pentadbiran pejabat Daerah Tuaran terletak dalam kawasan pilihanraya DUN N.11 Kiulu juga dalam kawasan Parlimen P.170 Tuaran. Keluasan Kampung Tambalugu adalah lebih kurang 3 km batu persegi. Terletak kira-kira 42 km dari Bandaraya Kota Kinabalu dan kira-kira 5 km dari Pekan Tuaran sementara ke Pekan Tamparuli sejauh 6 km.

Kampung ini berhampiran dengan jalanraya utama yang sering dilalui oleh penduduk dari Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kinabatangan, Sandakan, Telupid, Ranau dan Tamparuli menuju ke Bandaraya Kota Kinabalu.

Bentuk muka bumi Kampung Tambalugu tanah rata dengan sedikit bukit-bukau. Penduduk Kampung Tambalugu di anggarkan menjangkau lebih 2000 orang, majoritinya berbangsa Dusun Lotud dan selebihnya bangsa Cina, Bajau, Iban, Rungus dan sebagainya.

Seperti mana lazimnya kampung-kampung lain di Sabah, para penduduk di sini mengamalkan sikap toleransi antara satu kaum dengan kaum yang lain dalam apa juga perkara.

Pelbagai kemudahan terdapat di kampung ini antaranya Tabika Perpaduan yang diselia oleh Jabatan Perpaduan Dan Integrasi Nasional Sabah, Surau, Stesen Minyak Petronas, Balairaya, 10 buah deret bangunan kedai milik SEDCO, padang FUTSAL dan bermacam-macam lagi kemudahan yang dibangunkan samada oleh pihak kerajaan mahupun swasta.

Loji Empangan Bekalan Air bernilai 300 juta ringgit yang membekalkan sumber air utama kepada seluruh penduduk pantai barat Sabah turut dibina di kampung ini. Walaupun pembinaan empangan ini mengusarkan para penduduk di kampung ini yang sentiasa dibayangi ketakutan, namun atas nama pembangunan penduduk di kampung Tambalugu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh pihak kerajaan.

Gadis atau Sumandak dalam bahasa tempatan dari suku Dusun Lotud
Kampung Tambalugu, Tuaran
masih bangga dengan pakaian tradisi mereka

Nama Kampung Tambalugu telah wujud sejak nenek moyang kami lagi. Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini yang masih lagi hidup, nama Kampung Tambalugu berasal dari sebatang Pokok Tembasu (Tompinahaton) yang banyak tumbuh di kawasan kampung ini pada ketika itu. Pada masa itu, ramai penduduk yang menggunakan kayu tersebut untuk dijadikan tiang rumah. Apabila kayu ini dibelah terdapat banyak lubang pada bahagian Lugu (bahagian paling keras pada pokok ini).

Akhirnya lubang-lubang Lugu pada pokok ini ditampal (Tombol – dalam Bahasa Dusun Lotud) agar kelihatan lebih cantik dan sempurna digunakan sebagai tiang rumah. Sejak itu, kampung ini dinamakan Kg. Tambalugu sehinggalah sekarang. Tetapi kayu jenis Tompinahaton didapati sudah agak kurang tumbuh di Kampung Tambalugu buat masa ini.

SEJARAH PENUBUHAN KRT TAMBALUGU,TUARAN,SABAH

RASMI......Abdul Kassim (memotong riben) sebagai tanda rasminya Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tambalugu, beliau mewakili Datuk Wilfred Madius Tanggau.

Kampung Tambalugu telah diwartakan sebagai salah satu Kawasan Rukun Tetangga di daerah ini pada 1hb.April.2008 pada ketika itu di bawah pengawasan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Tuaran, Encik Sindin Ranggangon. Kemudian pada tahun berikutnya satu majlis perasmian telah diadakan dan penyempurnaan perasmiannya telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Tuaran, YB. Datuk Wilfred Madius Tanggau ( Kini tahun 2008 Ahli Parlimen Tuaran YB. Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing).

KENALI PEMIMPIN KAMPUNG TAMBALUGU,TUARAN,SABAH

KK. Puan Khadizah Sakumil @ Catherin Sakumil
Ketua Kampung
Kampung Tambalugu, Tuaran, Sabah


Encik Setia SugaraPengerusi
Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung
( JKKK )
Kampung Tambalugu, Tuaran, Sabah

Encik Johnny Amit
Pengerusi,
Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tambalugu, Tuaran, Sabah
Setiausaha
JKKK Kampung Tambalugu, Tuaran, Sabah

GALERI AKTIVITI BERGAMBAR

MAJLIS SAMBUTAN PESTA MENUAI / KA'AMATAN PERINGKAT
KAMPUNG TAMBALUGU 2008
ANJURAN RT KAMPUNG TAMBALUGU, TUARAN, SABAH
BUDAYA GOTONG ROYONG DI KAMPUNG TAMBALUGU MASIH LAGI DIAMALKAN, BUDAYA INI BERUPAYA MENGERATKAN IKATAN PERPADUAN DI KALANGAN PENDUDUK KAMPUNG.
JIRAN WANITA RT KAMPUNG TAMBALUGU RAJIN MENGIKUTI
PELBAGAI KURSUS
YANG BOLEH MEMPERKASAKAN EKONOMI KELUARGA
JIRAN MUDA RT KAMPUNG TAMBALUGU JUGA AKTIF DALAM BERSUKAN
JIRAN MUDA RT KAMPUNG TAMBALUGU AKTIF DALAM PROGRAM KEBUDAYAAN, SERINGKALI DIJEMPUT UNTUK MENGADAKAN PERSEMBAHAN TARIAN TERUTAMANYA TARIAN TRADISIONAL DUSUN LOTUD ' MONGIGOL '
AKTIVIT AGAMA TURUT MENJADI PERHATIAN RT TAMBALUGU