Perpaduan Teras Kejayaan
Minggu, 18 Januari 2009
LATAR BELAKANG KG. TAMBALUGU,TUARAN,SABAH
 Kampung Tambalugu adalah salah sebuah kampung di bawah pentadbiran pejabat Daerah Tuaran terletak dalam kawasan pilihanraya DUN N.11 Kiulu juga dalam kawasan Parlimen P.170 Tuaran. Keluasan Kampung Tambalugu adalah lebih kurang 3 km batu persegi. Terletak kira-kira 42 km dari Bandaraya Kota Kinabalu dan kira-kira 5 km dari Pekan Tuaran sementara ke Pekan Tamparuli sejauh 6 km.Gadis atau Sumandak dalam bahasa tempatan dari suku Dusun Lotud
Kampung Tambalugu, Tuaran
masih bangga dengan pakaian tradisi mereka
Nama Kampung Tambalugu telah wujud sejak nenek moyang kami lagi. Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini yang masih lagi hidup, nama Kampung Tambalugu berasal dari sebatang Pokok Tembasu (Tompinahaton) yang banyak tumbuh di kawasan kampung ini pada ketika itu. Pada masa itu, ramai penduduk yang menggunakan kayu tersebut untuk dijadikan tiang rumah. Apabila kayu ini dibelah terdapat banyak lubang pada bahagian Lugu (bahagian paling keras pada pokok ini).
Akhirnya lubang-lubang Lugu pada pokok ini ditampal (Tombol – dalam Bahasa Dusun Lotud) agar kelihatan lebih cantik dan sempurna digunakan sebagai tiang rumah. Sejak itu, kampung ini dinamakan Kg. Tambalugu sehinggalah sekarang. Tetapi kayu jenis Tompinahaton didapati sudah agak kurang tumbuh di Kampung Tambalugu buat masa ini.
SEJARAH PENUBUHAN KRT TAMBALUGU,TUARAN,SABAH
 RASMI......Abdul Kassim (memotong riben) sebagai tanda rasminya Kawasan Rukun Tetangga Kampung Tambalugu, beliau mewakili Datuk Wilfred Madius Tanggau.KENALI PEMIMPIN KAMPUNG TAMBALUGU,TUARAN,SABAH
GALERI AKTIVITI BERGAMBAR
KAMPUNG TAMBALUGU 2008
ANJURAN RT KAMPUNG TAMBALUGU, TUARAN, SABAH


 JIRAN WANITA RT KAMPUNG TAMBALUGU RAJIN MENGIKUTIPELBAGAI KURSUS
YANG BOLEH MEMPERKASAKAN EKONOMI KELUARGA

 JIRAN MUDA RT KAMPUNG TAMBALUGU JUGA AKTIF DALAM BERSUKAN 






